Saturday, July 23, 2011

Susah

Korang pernah tak hidup susah?Kalau pernah sesusah mana yang korang rasa susah tu? Setakat ni ahli-ahli matematik masih tak jumpa alat yang sesuai untuk menyukat jumlah kesusahan yang korang alami. Tapi kalau wujud, mungkin aku punya susah sekarang ni boleh masuk dalam ranking top-top dalam Carta Susah.

Sekarang ni, aku memang berhadapan satu situasi yang susah jugaklah. Tapi salah aku jugak. Gatalnak pergi kerja dekat Kolumpo. Bapak aku dah bising, tapi aku buat pekak je. Biasalah, anak sulung ni ego tinggi sikit. Kalau nak diceritakan pasal susah aku ni, aku pun sebenarnya malu jugak nak tunjuk dekat orang aku punya susah. Kalau aku tulis dekat blog takdelah nampak sangat. Korang bleh cakap aku tokok-tambah cerita ni.

Tapi hidup aku ni memang thrill bak kata orang putih. Orang yang punya hati dan perut yang kental je boleh survive. Kalau tak dah lama gua balik Kuantan, duduk bawah ketiak mak ayah, semua benda lengkap. Aku cakap pasal perut yang kental ni sebab aku makan bukan kerana selera dah sekarang ni. Aku makan sebab aku nak terus hidup. Aku taknak mati kebuluran. Kadang-kadang terliur jugak tengok member makan lauk ayam,mekdonal dan nasi goreng kampung semua. Tapi aku hanya mampu makan nasi dengan telur bertemankan kicap je. Nasib baik aku jenis tak memilih.

Hidup ni kalau tak susah tak best jugak kan?At least aku ada cerita jugak yang boleh diceritakan bila aku dah berjaya nanti. Ingat budak-budak MLM je ke boleh cerita pasal dulu pakai EX5 sekarang pakai BMW? Aku pun nak jugak! Tapi aku rasa aku takleh harungi semua benda ni kalau tak wujud seseorang ni dalam hidup aku. Dia tak pernah putus asa bagi aku semangat and pujuk aku bila-bila masa aku down. Dan dia ialah




Aatiyah Shatirah

p/s-thanks a lot dear!

2 komeng:

tya shatirah said...

haha.karang orang meluat tengok nama saya je dekat blog awak.hehehe

ehsan shafiq said...

hello...ni blog saya ke blog diorang?hahaha