Thursday, August 4, 2011

Bunga-bunga Anarki #2

Ehsan duduk terdiam di satu sudut kelas. Nafsu amarah didalam hatinya membuak-membuak tatkala melihat dua orang badut yang sedang beraksi dihadapan kelas. Gayanya tak ubah seperti politikus-politikus mempamerkan kuasa. Beginilah situasinya ketika cikgu tiada di dalam kelas, Kasim(ketua kelas) dan Abu(pembantu ketua kelas) akan bermaharajalela. "ahh,baru jadi ketua kelas dah nak eksyen!"bentak hatinya.

Plan boikot pilihanraya kelas tempoh hari gagal. Hanya sedikti sahaja yang memboikot. Yang lain sudah dibeli oleh Kasim dan Abu dengan sebatang Choki-choki. Sungguh tak sangka semurah itukah maruah 3 Bestari?

Ehsan hanya mampu diam membatu, kalau Ehsan bersuara sudah tentu namanya akan ditulis di papan hitam sebagai pelajar bising. Sambil memegang pembaris panjang,mereka meronda sekeliling kelas. Tak ubah seperti jaga.Ehsan masak benar dengan perangai mereka berdua, tak habis-habis nak menjatuhkannya. Tambah-tambah lagi selepas mereka ternampak Atia sering bermain mata dengan Ehsan di dalam kelas.

"Cis, tak guna punya Ehsan! Aku yang ada pangkat dan pengaruh ni sikit pun Atia tak pandang! Apelah yang ada dekat si Ehsan tu kalau nak dibandingkan dengan aku? Aku ada basikal BMX, Digimon aku dah level 9, lepas tu aku ada beg power rangers lampu-lampu. Ehsan tu apa ada? Dahla pendek, ada hati nak mengorat Atia yang tinggi lampai tu.ni mesti pakai ubat guna-guna ni!"teriak Kasim dalam mesyuarat Persatuan Anak-anak Cikgu Sekolah Mangga Nuar(PACMAN).

Ahli-ahli lain hanya mengangguk diam. Tapi dalam hati mereka semua tak berpuas hati. Mentang-mentanglah presiden, tapi janganlah sampai menggunakan persatuan untuk tujuan peribadi. Selepas disogokkan ganjaran dan kemewahan oleh Kasim, barulah mereka setuju membuta tuli untuk menjatuhkan Ehsan.

***

Ehsan sedar yang dirinya pendek jika dibandingkan dengan Atia, tapi impiannya setinggi langit. Dia percaya kepada teori akil baligh yang terkandung dalam buku teks pendidikan jasmani. Di dalam buku tersebut ada menyatakan bahawa tumbesaran lelaki lebih lewat sikit berbanding wanita.Tetapi cikgu pendidikan jasmani sedikit pun tidak menyentuh bab itu. Setiap kali waktu pendidikan jasmani, kami dibawa ke padang dengan sebiji bola dan sepaklah bola tersebut beramai-ramai sehingga habis tamat waktu pendidikan jasmani. Tapi dia yakin dia akan tinggi suatu hari nanti.

Ehsan berjalan ke tandas seorang diri. Hajatnya kecil sahaja. Dia membuka zip seluarnya, kakinya menjinjit kerana tak sampai ke dalam mangkuk urinal dan air yang terdiri daripada garam mineral dan sisa-sisa yang tak diperlukan oleh badan itu dikeluarkan. Sedang dia menikmati titis-titis yang terakhir, bahunya dipegang seseorang. Sebelum menoleh,dia memasukkan kemaluannya dahulu. Takut-takutlah tak sempat. Baru sedikit lehernya pusing ke kanan, sebiji tumbukan hinggap dimuka Ehsan. Ehsan tercampak ke dinding tandas. Dia dikerumun oleh 7 orang ahli majlis tertinggi Persatuan Anak-anak Cikgu Sekolah Mangga Nuar(PACMAN). Kasim yang mengetuai gerombolan tersebut tampil kedepan, kolar baju Ehsan ditarik sehingga Ehsan berdiri dan ditolak ke dinding.

"kau ingat kau sape nak bermain mata dengan Atia?"tanya Kasim.

"suka hati akulah, bukan makwe kau pun Atia tu. Jeles lettew aku main mata ngan dia, tapi dia sikit pun tak pandang kau."jawab Ehsan.

"Cis, tak guna! Aku yang ada pangkat dan pengaruh ni sikit pun Atia tak pandang! Apelah yang ada dekat kau tu kalau nak dibandingkan dengan aku? Aku ada basikal BMX, Digimon aku dah level 9, lepas tu aku ada beg power rangers lampu-lampu. kau tu apa ada? Dahla pendek, ada hati nak mengorat Atia yang tinggi lampai tu. Kau mesti pakai ubat guna-guna ni!"teriak Kasim seperti yang diteriaknya dalam mesyuarat Persatuan Anak-anak Cikgu Sekolah Mangga Nuar(PACMAN).

Ehsan menolak tangan Kasim dan membaiki kolarnya seraya berkata,"aku takde harta mahupun pangkat, tapi aku ada hati."

Sebijik tumbukan di ulu hati Kasim. Terjatuh Kasim menahan senak. Gerombolonan-gerombolan
Persatuan Anak-anak Cikgu Sekolah Mangga Nuar(PACMAN) tergamam."sorrylah Kasim, aku tak suka keganasan, tapi kau yang paksa aku. Aku nak berinstinjak pun terganggu."kata Ehsan tenang sambil membasuh kemaluannya.

"esok kita masuk hutan!kita cari hati!"kata Kasim kepada ahli-ahli Persatuan Anak-anak Cikgu Sekolah Mangga Nuar(PACMAN).


bersambung...

0 komeng: