Sengaja aku letak tajuk ni untuk entri kali ni. Aku bukan nak bercerita kehebatan seorang insan bernama Ehsan Shafiq ini.Tapi setiap kali orang tanya nama aku mesti aku kena ulang banyak-banyak kali. Aku taktau suara aku yang tak jelas, cara cakap aku yang 'mumble' atau nama itu agak rare di telinga pendengar.
"hah?apa dia?Hassan?"
Hampir setiap kali begitulah respon orang tatkala aku menyebut "Ehsan". Tapi peristiwa yang membuatkan aku rasa nak tukar nama ialah ketika aku bersama makwe makan di salah sebuar restoran di Midveli. Dengan makwe je aku nak makan tempat ada airkon gini. Kalau tak makan dekat kafe jelah. Oleh kerana tiada lagi meja yang kosong ketiika itu, pelayan tersebut suruh aku tunggu dalam 20 minit lagi. Sementara pelanggan lain usai menjamu selera. Sambil memegang pen dan kertas dengan sopan pelayan yang berasal dari Bangladesh itu bertanya,"Your name Sir?"
"Ehsan,"jawabku ringkas.
"Sorry? Excel?" tanya lagi pelayan itu gaya nak mintak pelempang.
"E-H-S-A-N, Ehsan." tekan aku separuh marah.
20 minit telah berlalu dan aku kembali ke restorab tersebut. "You Mr. Excel right?" sapa pelayan tadi.
Aku pandang makweku sambil bertanya"Yang, by nak tukar nama Ashton boleh tak?"
3 komeng:
hahaha. ini lawak..
serious lawak.. :D
hahaha...bengang pun ada jugak..hahaha
Hye Mr.Excel . Lepas ni boleh ganti Ansel Adams lah :D Hahahaha .
Post a Comment