Orang kata hidup ni kalau takde pegangan hidup sama macam takde tujuan hidup. Lebih baik kau mati je. Buang masa je kau hidup dalam dunia ni. Oksigen pun dah makin berkurang sekarang ni, jimat sikit kalau kau mati. Tapi aku bukan nak bercakap pasal mati. Aku nak bercakap benda yang bertentangan dengan mati, which is hidup.
Kejadian ni berlaku masa aku tengah cuti semester 4 bulan. Aku mengada nak pergi kerja dekat Kolumpo. Saja cari susah. Kalau kerja dekat Kuantan, makan rumah semua dah free dah. Dah boleh simpan duit gaji buat kahwin. Tapi biasalah, Tya jadi punca utama aku nak kerja dekat Kolumpo tu. Senang sikit nak jumpa dia kalau aku dekat Kolumpo. Cinta ni tak boleh dihalang orang kabor.
Aku menumpang dekat rumah senior aku masa tu. Bukan menumpang free lah, kena bayar jugaklah sikit-sikit. Duduk dunia kapitalis ni semua benda kena bayar. Pada satu malam tu, masa aku cuba nak tidur, tiba-tiba Abas(bukan nama sebenar) yang merupakan senior aku tu ajak berborak. Tak sedap jugaklah kalau gua tak teman dia borak.
Aku keluar dari bilik tidur dan duduk di kerusi meja makan. Abas tengah syok balut ganja. Aku tengok jelah dia buat kerja dia sambil borak-borak pasal pengalaman bekerja. Dia dah start bakar gulungan ganja dia lepas tu dia tanya,"apa tujuan kau hidup San?"
Soalan yang paling payah aku nak jawab. Belajar sampai PhD pun belum tentu ada orang ajar kau nak jawab soalan macam tu. Sangat mudah tapi jawapan yang kau bagi meletakkan di tahap manakah anda sebenarnya. Memang lama dia becerita pasal tujuan hidup ni dekat aku. Ada dekat 2-3 jam aku layan dia 'stoned'. Siap boleh cerita khasiat-khasiat ganja lagi. Tapi aku benda-benda macam tu aku memang tak sentuh. Hisap rokok pun tak pernah.
Walaupun senior aku ni hisap ganja dan masa dia ceramah aku tadi dibawah separuh sedar. Tapi benda yang dia cakap tu ada point dan dia telah mengubah halatuju hidup aku. Dia cakap dekat aku jangan kejar duit dan kemewahan, sebaliknya kejarlah kebahagiaan. Cuba kau fikir secara logiknyalah kan. Kalau kau kejar duit, kau kejar kemewahan, sampai bila kau nak kejar? Kau rasa ada garisan penamat tak untuk kau berhenti nanti? Kalau ada sampai bila? Sampai kau ada Ferrari? Sampai ada istana? Tengok Sultan Brunei tu pun dah cukup dah. Berapa bijik Ferrari dia ada? Ada yang tak berusik langsung. Tapi dia masih belum puas. Nak beli lagi kereta baru. Memanglah dia Sultan dia banyak duit. Tapi dia masih manusia biasa. Nampak tak dekat sini yang manusia orang tak pernah puas?
Cuba kau bayangkanlah. Kau kerja pagi, petang, siang, malam semata-mata nak kumpul duit banyak-banyak dulu lepas tu nak bahagia isteri dan anak-anak kau. Dalam tempoh tu kau takde langsung nak luangkan masa untuk mereka. Kau kerja sampai kau ada banyak duit dan kau mampu nak hadiahkan kebahagian tu dekat keluarga kau. Tapi itu kalau sempatlah kau nak capai semua benda tu. Itu bergantung kepada nasib dan takdir individu masing. Katakanlah kau sibuk sangat kejar duit dan kau tak pikir pun pasal kebahagiaan ni. Tiba-tiba kau mati. Kau mati dalam keadaan sedang mengejar kekayaan dan kau tak sempat lagi nak merasa nikmat kebahagiaan itu. Kebahagiaan disini bukan terbatas didunia sahaja, termasuklah akhirat. Aku nak bercakap pasal agama, aku pun lagho jugak. Pandai-pandai sendirilah.
Sebaliknya, cuba kalau kau kejar kebahagiaan. Kau bekerja dengan sederhana, semua keperluan asas untuk kau dan keluarga cukup dan kau ada sedikit lebih untuk kau simpan atau untuk beli harta. Perbelanjaan untuk melancong sekali-sekala ada untuk seisi keluarga dan yang paling penting kau ada masa untuk bahagiakan keluarga kau. Walaupun nampak kecik dan tidak mewah, yang penting bahagia. Kerana bahagia itu subjektif dan nilainya tidak terkira. Bagi seorang yang susah dapat makan nasi berlaukkan ayam berharga RM4 sudah cukup untuk membuat dia merasa bahagia. Tapi ada orang yang rasa yang makanan berharga RM10 tak cukup lagi dan masih tidak bersyukur dengan nikmat yang diberikan. Mungkin selepas nikmat itu ditarik baru mereka reti nak bersyukur.
Aku bukan nak suruh untuk kau berhenti berusaha dan hidup dalam comfort zone. Sebaliknya kejarlah kebahagian dan kemewahan itu akan muncul dikemudian hari. Sebaik-baiknya biarlah kita mati dalam mengejar kebahagiaan didunia dan akhirat daripada mengejar kemewahan yang sementara. Ni pendapat aku, kalau kau punya pendapat lain terpulanglah. Tak semua orang sama kan?
4 komeng:
hat yg ni aku setuju betul
hat hat..hang ingat ni kedah ka apa?
owoh. silap boh.
jenis anony yang annoy ni..kehkeh
Post a Comment