Monday, November 16, 2009

Gua Nak Berhijrah

Setelah aku fikir masak-masak, aku dah berbincang dengan mak ayah aku dan aku dah tengok pro dan kontra dia, aku dah mengambil keputusan drastik untuk berhijrah ke facebook sepenuhnya.Aku dah tengok Myspace dah menjadi satu medan bagi budak-budak sekolah untuk meng'show off' diri mereka seperti Abu Shuffler,Din Rempit,Apiz Indie dan lain-lain lagi.

Ada juga yang ingin menunjukkan mereka ni 'town'(town la sangat) dengan menulis seperti ini di profile mereka;rempits backoff!!,shut up bitchess!!,dan lain-lain yang tak larat aku nak senaraikan.Bukan itu saja,malah ada yang mempunyai myspace ingin mendapatkan komen-komen gambar sahaja,contohnya seperti 'cmmnt my pic ya!!!i'll cmmnt yours!!'.Perangai macam munafik.Minta orang komen,macamla orang komen tu ikhlas.

Oleh yang demikian aku nak berhijrah ke facebook yang perjuangannya lebih telus dan jujur.Sebarang komen, jemputan kawin,lepak dan nak ajak bergaduh dekat myspace aku tak layan kecuali komen dari gadis-gadis belasan tahun.Yang lain-lain hantar kat facebook sahaja.Aku harap budak-budak ini tak ikut aku berhijrah sekali ke facebook.

Friday, November 13, 2009

kawan hilang yang panjang(long lost friend)

Hari Jumaat merupakan hari yang kurang bersemangat bagi aku kerana semua aktiviti harian aku akan bermula pada waktu petang bagi menghormati solat fardhu Jumaat.Bila dah masuk waktu tu,aku siap-siapla pakai kain dan pakaian yang bersih.

Aku keluar rumah, start skuter dan bapaku yang sama lambat dengan aku menjerit,"start lama sikit motor tu."

Aku kira cukup sampai lima aku bergegas ke masjid.Takut tak sempat pulak nak dengar khutbah.Masa zaman Sekolah Sains Batu 8 dulu,cikgu disiplin aku memang kreatif.Dia tak bagi budak-budak tidur, nanti dah habis semayang dia suruhla budak-budak terpilih cerita pasal khutbah tadi.Nasib baik aku tak pernah kena.

Bila dah sampai masjid, aku pergi ambil air sembahyang, pastu aku ternampak kawan lama aku yang sama Sekolah Sains Batu 8 dengan aku dulu. Dulu kami rapat,selalu escape sembahyang jemaah sama-sama,kena guling atas padang sama-sama.Tapi dia dah banyak berubah.Penampilan pun dah macam artis aku tengok.

Niat aku untuk mendengar khutbah tak kesampaian, kerana kami banyak berborak tentang universiti masing,kursus yang diambil dan gadis-gadis yang terdapat di kolej masing-masing.Perbualan kami terhenti apabila imam sudah mula untuk memulakan solat.

Lepas selesai sembahyang aku ajakla dia keluar petang tu.Tengok wayang barangkali."Takde awek ikut ke?"balasnya.

Aku diam sahaja.Banyak betul perubahannya.Dulu perempuan tak berapa nak tengok.Hormon semakin aktif kot.Aku bersalaman dengannya dan pulang ke rumah,makan nasi dan tengok tv.

Tiba-tiba ada mesej masuk berbunyi,"Jadi tak kau nak keluar?"Dia punya cara mesej pun dah berubah, kalau dulu tak guna 'kau',dia guna 'ka'.

Pastu aku balas,"aku bereh je."

"ok2,nnti aku try ajk gadis A dan gadis B,pastu aku roger kau"balasnya lagi.

Sampai sekarang aku menunggu peng'roger'annya.

Tujuh-sebelas

Malam tadi masa aku tengah layan TV,tiba-tiba tekak aku rasa nak minum air manis,lebih spesifik lagi air coca-cola.Memandangkan dah lewat malam ni,aku pergi je la ke kedai runcit 7-eleven yang tak pernah-pernah tutup kat belakang rumah aku.

Tapi sayang, 7-eleven memang menghampakan aku.Cawangan dah berlambak-lambak satu dunia,takkan takde jual coke?Aku memang panas gila.Kalau bab-bab coke ni memang tak boleh bawak bergurau.Silap-silap boleh putus dengan awek aku(kalau aku ada awekla).

Aku ambil sebotol kickapoo dan bayar kat kaunter.Nasib baik aku bukan perokok.Kalau aku ada lighter tadi,aku bakar kerusi 7-eleven ni macam kes yang berlaku kat stadium bukit jalil tempoh hari.

Tuesday, November 10, 2009

Rock The World 9



Acara ini memang aku kena wajib tayang eh, silap,wajib pergi.Tak kisahlah aku tak pergi World Stage,All-American Reject,Akon mahupun Beyonce.Tapi yang ini memang aku kena pergi.

Siapa lagi nak sokong muzik-muzik tempatan kalau bukan kita.Takkan la tiba-tiba mat saleh nak datang dari jauh sebab nak pergi acara ni?Tak mungkin.Aku berani kerat jari.Kalau ada pun tersesat agaknya, takpun kebetulan.

Aku cakap rugi tak pergi sebab tiket ni murah.Rm 25 je dan band-band yang main banyak.Takkanla konsert Akon yang beratus-ratus tu sanggup pergi,Tiket World Stage dan All-American Reject yang susah nak dapat tu sanggup pergi cari tapi tiket yang mudah dan senang didapati ni korang tak datang?

Kesimpulannya,kalau yang pergi konsert Amerika tapi tak pergi rock the world ni, dah sahla korang ni dah terkena dakyah Amerika dan Yahudi.Kes Banyak makan McD.Pastu sokong Liverpool.

nota kaki-satu je yang aku pelik,apsal dia tukar venue?Ni mesti kes sunway nak untung lebih.Event besar-besar mesti buat kat sana,habis semua dia nak kaut.

Monday, November 9, 2009

Perubahan

Aku dah fikir masak-masak.Pro dan kontra semua aku dah ambil kira.Aku nak tukar nama blog ni jadi aku dan beaches.Ada banyak sebab aku tukar nama blog ni.Sebab pertama aku suka pantai.Tenang je.Lepas aku bertumbuk dengan bapak aku,aku selalu lepak sini la.Menenangkan perasaan.Pastu banyak gadis-gadis berpeleseran.Sejuk mata memandang.